terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, July 4, 2012

Pengakuan seorang lelaki yang menyesal berkahwin dua !!!


DALAM kegembiraan kaum bapa menyambut Hari Bapa, tidak semua bapa bertuah mendapat layanan baik daripada anak-anak.

Ada juga yang menitiskan air mata kerana tidak dipeduli, disisih dan dilupakan oleh anak-anak dan bekas isteri, hanya kerana suatu ketika mereka pernah membuat silap.

Lumrah dunia setiap orang membuat silap. Seperti juga pantai, manusia juga akan berubah apabila tiba waktunya. Mereka juga berhak diberi peluang kedua untuk membaiki diri.

Namun ada insan yang berdendam termasuk juga anak-anak yang pernah melalui masa silam yang perit ditinggalkan bapa. Ada juga anak yang termakan hasutan ibu yang terseksa kerana perbuatan bapa. Kesudahannya, si bapa seperti tidak pernah wujud dalam hidup anak-anak walaupun dia masih bernafas.

Inilah mukadimah yang ingin saya sampaikan minggu ini. Kisah benar yang diceritakan sendiri oleh empunya diri, seorang lelaki berusia awal 60-an yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Wan.

Lelaki ini saya kenal melalui seorang saudara yang pernah bekerja satu pejabat dengannya. Kepada saya, Pak Wan bercerita tentang kehidupan dulunya yang banyak berbuat dosa terhadap isteri dan anak-anaknya seramai empat orang.

Pun begitu, kata Pak Wan dia telah insaf dan telah bertaubat. Tapi isteri dan anak-anak masih tidak dapat menerimanya.

Cerita Pak Wan elok dijadikan teladan kepada generasi baru agar menghargai jasa bapa walaupun dia pernah melakukan kesilapan. Ingatlah, tiada bapa tiada kita di dunia ini.

"Saya berusia 69 tahun, masih ada isteri dan empat orang anak. Masa lampau telah menghancurkan masa depan saya. Tapi saya reda kerana itu silap saya.

"Namun saya berharap dalam usia yang begini, isteri dan anak-anak akan memaafkan saya tetapi itu tidak berlaku. Puas sudah saya berusaha untuk berbaik-baik dengan mereka tetapi saya tidak dilayan seperti sepatutnya, biarpun saya telah cuba dan melahirkan rasa kesal saya dengan apa yang telah saya lakukan.

"Semuanya bermula apabila saya bernikah seorang lagi setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama yang saya panggil Zai.

"Perkahwinan saya memang ditentang habis-habisan oleh Zai dan anak-anak, biarpun ketika itu mereka masih kecil. Mungkin sebab mak..., mereka benci saya kerana menduakan kasihnya maka anak-anak turut terikut-ikut.

"Saya pula ketika itu sangat bodoh, ikutkan hati tidak peduli mereka dan hanya memberatkan keluarga isteri kedua saya. Saya lupa tanggungjawab saya dan mengabaikan mereka. Mereka saya biarkan hidup sendiri kerana Zai bekerja dan saya yakin dia mampu membesarkan anak-anak tanpa saya.

"Itulah bodohnya saya. Apabila saya pencen, sebahagian duit pampasan saya dikaut oleh isteri kedua dan anak kami seramai dua orang. Mereka mengatur hidup saya.

"Perbelanjaan saya disekat, duit saya dikongkong isteri kedua dan anak-anak yang berjoli sakan dengan wang pampasan yang saya peroleh. Ketika ini saya mula sakit-sakit.

"Pada masa menghadapi masalah ini, saya mula teringatkan isteri pertama dan anak-anak saya. Saya dengar cerita anak-anak semuanya berjaya, seorang doktor, pegawai bank, pegawai polis dan yang bongsu bertugas di luar negara.

"Saya mendapat khabar ini daripada saudara-mara yang sudi bercerita dengan saya walaupun mereka kesal dengan sikap saya dulu. Saya menangis gembira mendengar khabar ini tetapi tidak berdaya untuk menemui mereka kerana malu.

"Saya juga pernah berusaha untuk bertemu isteri pertama dan anak-anak untuk meminta maaf tetapi mereka tidak menerima kedatangan saya dengan alasan saya tidak layak untuk kembali kepada mereka.

"Saya tahu saya silap. Saya bersalah kerana melupakan tanggungjawab saya dulu. Saya hanya ingin minta maaf dan bertaubat atas apa yang telah berlaku. Saya bukan datang untuk meminta simpati dan meraih perhatian mereka. Jauh sekali untuk meminta wang ringgit.

"Tidak, itu bukan apa yang saya inginkan. Saya tahu dan sedar diri apa yang telah saya lakukan. Memang inilah balasan Allah kepada saya. Saya reda.

"Tapi sebelum saya pejam mata saya mahu minta ampun daripada mereka semua dan melahirkan rasa kesal saya dengan perbuatan masa lalu saya di hadapan mereka sendiri.

"Saya harap mereka terbaca ruangan ini dan memahami kehendak hati saya. Mudah-mudahan mereka dapat menunaikan hajat saya yang terakhir ini,'' pinta Pak Wan sebak sebelum menamatkan ceritanya.

Saya terkedu, sedih dan sayu dengan cerita dunia yang saya saksikan sendiri di depan mata. Jika sebelum ini saya hanya menonton drama di kaca TV tapi kisah Pak Wan adalah realiti hidup yang berlaku dalam kehidupan manusia.

Saya tidak dapat berkata lebih lanjut kerana terlalu sedih dan simpati kepada Pak Wan tetapi saya beritahu Pak Wan, Allah akan beri petunjuk dan buka pintu hati mereka untuk menerima Pak Wan semula.

Kepada isteri dan anak-anak Pak Wan, jika terbaca ruangan ini, berfikirlah dengan waras, maafkan Pak Wan kerana manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Lagipun Pak Wan sudah bertaubat dan mengakui silapnya. Ingatlah, seburuk-buruk perangai seorang bapa, dia tetap perlu disayangi dan dihormati. Tanpa dia... anda semua tidak ada di dunia ini. Maafkanlah dia!

Saya berdoa mudah-mudahan hajat Pak Wan akan terlaksana dalam masa terdekat. Semoga Pak Wan sentiasa di dalam rahmat Allah.

Menutup catatan, pesanan tulus saya, ada satu jalan menuju kebahagiaan, iaitu apabila kita berhenti mengenangkan masa silam dan saling memberi dan menerima maaf.

Salam

13 comments:

  1. membaca "cerita" pak wan memang teriris sihati pembaca,akan tetapi pak wan pernahkah teriris dihati pak wan semasa pak wan menurut kehendak hati demi isteri kedua?.sekian lama bilamana tubuh badan sudah tidak dapat layanan keluarga kedua baru teringat keluarga pertama yang dinyah dari ingatan serta tanggongjawab?.pak wan tak akan semudah itu melupai bagaimana rayuan tangisan keluarga pertama yang tak ubah saperti peminta sedekah dan pengemis.pernahkah pak wan merisik khabar tentang keluarga pertama pak wan,ada?.ada telingga pekak,ada mata buta dan ada perasaan hati batu.pak wan menyayangi keluarga kedua bagaikan menatang minyak yang penuh,kehidupan keluarga kedua disaluti emas berlian dan perak.pak wan tinggallah dengan mereka yang berbelian emas dan perak itu.memang betul tanpa ayah takkan lahir zuriat yang bernama anak,cukupkah sekadar berayah diatas kertas?.janganlah membuang masa yang ada untok merisik khabar,memohonlah kemaafan dari yang esa.berbahagialah dengan keluarga yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari cerita diatas telah disebut Pak Wan telah bertaubat, jadi tak sepatutnya kita yang membaca seolah-olah menghukum lagi. Apapun anak2 tetap berkewajipan berbakti pada org tua walaupun org tua mereka kafir sekalipun. Isteri tetap wajib taat pd suami selagi tidak menyuruh perkara yg haram

      Delete
    2. anon diatas pernah alami perkara berikut? kalau pernah sy sungguh2 tabik & salute.

      Pd sy sendiri, saya beruntung ayah sy tidaklah sampai tahap melupakan keluarga tp luka dihati anak2 siapa yg tahu. Kdg2 ayah ingat kita tak tahu apa2 walau kita kecil, dia ingat kita terikut2 dgn ibu @ dihasut tp sebenarnya anak2 kecil itu diruntun hatinya melihat tangisan ibu siang malam. Terluka hatinya melihat ayah tidak lg seperti dulu yg menatangnya bagai minyak yg penuh. setiap saat berlalu dgn amarah yg menyebabkan anak td semakin menjauh..sungguh, sy bersyukur krn walau apa jua sy punya soft spot melihat wajah tua ayah.

      Sila berada ditempat berikut dahulu baru anda tahu..mungkin apa yg mereka rasakan tidak tertanggung

      Delete
  2. sememangnya keadaan anak anak bila bermadu agak tak keharuan.si ibu mengambil kesempatan memburukan suami depan anak anak.kebiasaan anak akan terpengaruh dengan si ibu.Bapa tetap di persalahkan. Cuba renungkan kata kata ini' KEHIDUPAN BERMADU AKAN LEBIH AMAN,INDAH DAN ADIL JIKA ISTERI -ISTERI BERSIKAP ADIL KEPADA SUAMI" bukan kemahuan seorang suami yang berpoligami untuk tidak berlaku adil pada isteri .jika bolih mahu berlaku adil seadil adilnya.tapi mahukah isteri juga berlaku adil pada suami ?. mungkin payah untuk menerima kenyataan bahawa isteri kenan berlaku adil kepada suami agak terbalik tapi renungkanlah betapa indahnya hidup berpoligami jika isteri memahami suami dan berlaku adil pada suami.contoh isteri berlaku adil,jika dia mengetahui suaminya kuat nafsu dan dia tidak larat atau mahukan batin suami puas pasti ia berlaku adil dengan memberi izin pada suami kawin lagi maka ia berlaku adil pada suaminya .dan jika ia bermadu jika dia dapati ia sudah terlebih di per perhatian dan suami mengabaikan isteri lain kalau ia engingatkan bahawa suaminya juga perlu menumpukan perhatian pada isteri satu lagi itu. alangkah adilnya seorang isteri maka suami dapat membahagikan masa ,wang ringgit serta tumpuan pada isteri ,anak anak seadilnya.
    tapi .. ada kah isteri mahu berlaku adil pada suami?
    ada mungkin payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. phuiiiiii

      allah itu adil ,dosa pak wan mesti dihukum

      Delete
  3. Padan muka baru rase. Dulu tu kome syok bebini dua sampai tak ke hingat anak bini sapa suruh. Pasal spesis dajjal macam kamu la perosak...makenye orang lain yang nak bebini dua susah nak dapat sebab spesis dajal hjad macam kome orang lain jadi susah. Lantak kome lerr. Ptuuuuiiiihhh

    ReplyDelete
  4. Islam menyuruh umatnya saling bermaafan bermaafan apatah lagi jika dikalangan ahli keluarga termasuklah bapa. Bukan hak manusia untuk menghukum manausia, itu adalah hak mutlak Allah Taala. semua org tak terlepas dari berbuat salah dan silap...termasuklah anak yg tak mahu memaafkan bapanya sendiri. kita kena ingat, suatu hari nanti kita juga akan bergelar ibu / bapa. tak mustahil cerita yg sama akan berulang lagi...dan kita sendiri adalah pelakonnya. Setiap manusia akan diuji dan setiap manusia juga berhak diberi peluang kedua.

    ReplyDelete
  5. Pak Wan..kalau saya ni ditempat isteri pertama pak wan...saya akan kata..sayang semuanya sudah terlambat..dan sama sekali saya tak kan memaafkan dunia akhirat...hanya org yg mengalaminya tahu betapa peritnya menjaga anak tanpa bapa yg masih hidup tapi mati...

    ReplyDelete
  6. lelaki selalu lupa pada masa senang...saya pun menerima nasib yang lebih kurang sama dengan keluarga isteri pertama.....seksanya hidup ibu terpksa menanggung tanggungjawab ..yang sepatutnya dipikul oleh lelaki yang bernama suami....kini ibu telah pergi menemui Ilahi..

    ReplyDelete
  7. padan muka pak wan, dosa yang dibuat mesti ditanggung. Allah mangajar kita adil tapi dosa tidak boleh diampun sebab allah maha ehsan. kalau tidak ia bukan tuhan

    kepada kulo:
    phuiiiiii jangan nak jadi hero, perasaan dan pengalaman si isteri dan anak2 kamu tak tahu.

    ReplyDelete
  8. 10 tahun lepas abah saya berkahwin dengan seorang janda beranak 6..sejak itu,dia abaikan kami 5 beradik...8 thun lepas emak saya lahirkan adik saya yang bongsu melalui pembedahan...abah tak pernah hiraukan kami...kami terpaksa berlapar...sya yang masa tu di darjah 5 terpaksa mengambil upah mengutip siput sedut...tapi kudrat tak seberapa...mak saya bekerja keras utuk membesarkan kami...lapar...keadaan rumah yang uzur tanpa elektrik dah sebati dengan saya...adik saya berhenti sekolah kerana perbuatan abah saya...alhamdulillah,Allah tu maha berkuasa saya memperoleh 10a dalam spm2011 dan kini berada di um...saya dah tak boleh nak dengar suara abah saya pun...benci,menyampah semuanya bercampur aduk....betapa sakitnya hati bila mengenangkan kenangan lalu....

    ReplyDelete
  9. Isu di sini bukan masalah kahwin 2.. tp mslh si suami yang tidak mampu berlaku adil.. kahwin 2 xslh, tidak berlaku adil kepada isteri2 dan anak2 yang slh...

    ReplyDelete
  10. bila isteri muda & anak2 mengongkong kehidupan pakcik, dah sakit2 baru pakcik teringat anak2 dan isteri pertama. pakcik sendiri cakap. senang cakap pakcik, mudah utk berkata dan meminta maaf tapi hanya yg mengalami dpt merasai. pakcik sedap2 diorang pakcik biar sbb isteri pertama boleh tanggung. jadi pakcik fikir2kan lah...mmg lah apa sekali pun ttp ayah,tp pakcik tau tak betapa susahnya nak menerima terutama sekali bl pakcik buat ibu yg mengandung & melahirkan sebegitu rupa?

    Ayah saya yg membelek2 surat khabar membaca kisah2 ayah yg terbuan pernah berkata: inilah nasib lelaki..kesilapan masa muda ditanggung apbl semakin tua. Saya yg dengar tersengih sendiri,mungkin ayah sy rasa perkara yg sama..walau kami anak2 tak mengabaikannya mungkin dia tetap merasakan perkara yg sama, terutama sekali dgn anak sulungnya @ abg hasil dr perkahwinan pertamanya. sekurang2nya dia sedar lah jugak inilah nasib lelaki2 yg lupa diri

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...