terima kasih buat kalian semua..

Sunday, October 21, 2012

Reda jadi isteri kedua

SERINGKALI kita mendengar wanita yang ditakdirkan untuk hidup bermadu sebahagiannya tidak bahagia dan digelar perampas suami orang.

Acap kali juga pelbagai andaian dan tafsiran daripada orang luar apabila melihat seorang wanita menjadi isteri kedua atau ketiga.

Kesempatan bertemu secara tidak dirancang dengan seorang wanita yang juga rakan ketika sama-sama belajar di universiti dahulu, sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi tentang kehidupan bermadu.
Syafiza (bukan nama sebenar) yang penulis kenali merupakan seorang wanita yang cantik dan periang. Perwatakannya yang lemah-lembut dan mesra mudah membuatkan ramai lelaki menyimpan perasaan padanya .

Setelah hampir setahun tidak bersua muka dengan wanita ini, akhirnya pertemuan tanpa diduga itu membuka sedikit lembaran kisah hidupnya untuk dikongsi bersama.
Beliau yang baru disahkan mengandung mengakui kini hidup bahagia sebagai isteri walaupun ditakdirkan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia dan menjadi isteri kedua.

Ujarnya, menjadi isteri kepada lelaki yang lebih 20 tahun berusia daripadanya tidak menimbulkan perasaan malu malah semakin menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
"Selepas setahun bergelar isteri, perasaan saya tenang dan bahagia. Tambahan, banyak perkara yang saya boleh lakukan bersama -sama suami kerana selepas berkahwin beliau tidak benarkan saya bekerja.
"Walaupun menjadi isteri kedua, hubungan saya dengan isteri pertama sangat baik. Kami tidak pernah bergaduh dan bermasam muka. Namun, hidup bermadu dan bergelar isteri kedua juga memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi," katanya.

Bercerita kembali detik perkahwinannya dengan suami sejak setahun lalu, Syafiza mengakui semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah.
"Perkenalan saya dan suami ketika beliau membuat lawatan ke syarikat tempat saya bekerja tidak langsung membuahkan bibit cinta antara kami.
"Ketika itu saya menghormatinya sebagai seorang majikan yang bertanggungjawab terhadap semua pekerjanya. 

"Kesempatan berjumpa dengannya, kami hanya sempat bersembang dan bertukar-tukar nombor telefon sebagai seorang pekerja dengan bos, tidak lebih daripada itu," katanya.
Secara kebetulan pada masa yang sama ketika itu Syafiza mempunyai krisis dengan teman lelakinya. Masalah yang dihadapi ketika itu tidak dapat disembunyikan dari riak wajahnya menyebabkan bosnya dapat mengesan.

"Ketika itu hanya tinggal sebulan sahaja lagi saya dan teman lelaki akan berkahwin. Tetapi kami sering bergaduh dan saya rasakan antara kami berdua sudah tidak ada keserasian.
"Sebelum itu, selama lima tahun berkawan dengannya, banyak kali saya dipukul jika berlaku perselisihan faham. Teman lelaki seorang yang kuat cemburu dan panas baran," katanya.
Ujar Syafiza, beberapa kali beliau minta hubungan mereka diputuskan tetapi teman lelakinya enggan berpisah kerana terlalu menyayanginya.

"Saya tidak mahu menjadi mangsa pukulnya apabila berkahwin nanti. Lagipun setiap kali menyatakan hasrat untuk berpisah, pasti saya dimarahi dan dimaki-hamun olehnya. Saya tiada keberanian untuk melawan sehinggalah saya berjumpa dengan suami saya sekarang.
"Dialah banyak memberi sokongan dan membantu saya menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah teman lelaki saya terpaksa melepaskan hubungan yang dibina sejak di zaman universiti lagi," katanya.
Syafiza tidak menyangka selepas beberapa bulan berpisah dengan kekasihnya, ada sinar baru dalam hidupnya.

"Tanpa diduga, bos yang banyak membantu saya selama ini telah mengambil keputusan untuk menyunting saya menjadi isterinya.
"Mulanya saya menolak kerana tahu beliau sudah beristeri dan bimbang dengan kata-kata orang sekeliling. Namun melihatkan kesungguhannya dan setelah mendapat keizinan isteri pertama, akhirnya saya bersetuju. Ketika majlis kahiwn, isterinya turut hadir.

"Beliau sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa saya. Beliau ingin melindungi dan membimbing saya menjadi isteri yang solehah," katanya.

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

2 comments:

  1. Kepada gadis2 di luar sana, bhati2 lah. Bukan semua suami org bcinta untuk berkahwin. Ramai yang setia pada isteri. Mrk hanya bcinta skadar utk mlepas nafsu, bole merasa berbagai perisa. Saya bercakap bdasarkan pgalaman kawan2 suami saya.
    Walau nampak bgitu sayang dia pd kamu sekalipun, harus2 bhati2 trutama apabila sudah bcinta melebihi 3 tahun tapi sidia byk alasan & tidak bersungguh2 utk memperisterikan kamu. Padahal sepanjang bcinta, hubungan kamu telah jauh terlanjur.
    Jangan butakan hati kerana cinta.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...