TUJUAN saya menulis ke ruangan ini bukan hendak
mengutuk kaum sendiri atau mengiakan apa juga cerita kaum wanita,
sebaliknya berharap pengalaman pahit yang saya tempuhi dapat dijadikan
iktibar oleh suami di luar sana terutama yang ada niat menyimpan kekasih
gelap mahupun hendak beristeri lebih daripada satu.'' Itu pengakuan
Khaz dalam e-melnya.
''Saya sudah beristeri dan ada empat anak yang sihat dan bijak. Bukan
niat membuka pekung di dada tapi mengakui apabila diri dilanda
gelombang asmara, lelaki sering lupa tanggungjawab. Bukan tak sayang
isteri tetapi sekadar ingin mencuba, kalau boleh nak kahwin lagi.
''Biasanya melalui ruangan ini saya baca kisah suami curang yang
diceritakan oleh para isteri. Kalau dulu saya senyum sinis tetapi
setelah berlaku pada diri sendiri barulah saya sedar dugaannya amat
berat. Saya mengaku curang kepada isteri yang banyak berkorban dan setia
kepada saya selama ini.
''Kami berkahwin lebih 10 tahun. Hidup kami memang bahagia kerana
perkahwinan dibina atas dasar cinta, bertambah erat apabila dikurniakan
anak tetapi siapa sangka keadaan itu berubah apabila saya mabuk cinta
untuk kali kedua.
''Episod kecurangan saya bermula apabila asyik melayari facebook
yang menjadi kegilaan orang tak kira tua muda masa kini. Nak dijadikan
cerita dalam 'fb' ini saya terjumpa kekasih lama saya Su ketika kami
masih belajar di sekolah menengah lagi tetapi hubungan kami terputus
setelah masing-masing melanjutkan pelajaran.
''Gembiranya hati apabila ditanya Su mengaku, itulah gambarnya dan
itulah keadaannya. Apalagi segala kenangan manis ketika kami bercinta
dahulu, kembali berasap dan berapi semula. Perkenalan kami berlanjutan
dan kami mula bertukar nombor telefon.
''Gelora cinta saya kembali ghairah apabila saya dapat tahu dia kini single
setelah dikecewakan kekasihnya. Mulanya kami hanya berbual biasa tapi
lama-kelamaan langkah kami semakin panjang sehingga keluar minum dan
makan-makan.
''Su tahu yang saya sudah berkahwin dan saya pernah kenalkan dia
dengan isteri saya Hidayah, tapi Su masih layan saya dengan baik malah
bertambah mesra. Dia tidak pernah menolak apabila diajak keluar minum
dan makan waktu malam. Bila selalu dilayan dengan manja, senyum
lentuknya membuatkan saya lupa isteri dan anak- anak di rumah.
''Akhirnya daripada seorang ayah penyayang dan suami
bertanggungjawab, saya lupa diri. Hari- hari tumpuan saya hanya pada Su.
Anugerah Allah menambah rezeki dengan menaikkan pangkat saya, rupanya
ujian untuk saya yang saya tak nampak.
''Sejak naik pangkat dan gaji bertambah, saya mula belajar menipu
Hidayah yang setia di rumah. Saya balik lewat dari pejabat dengan alasan
banyak kerja. Hidayah percaya cerita saya. Padahal lepas waktu pejabat
saya berkejar jumpa Su dan habiskan masa dengannya hingga lewat malam.
''Saya jadi muak tengok muka Hidayah. Perasaan muak membuat saya rasa
menyampah dan tidak betah duduk di rumah. Ada saja benda yang tidak
kena di mata bila melihat Hidayah menyebabkan kami kerap bertengkar.
Akhirnya Hidayah suarakan perubahan yang dia nampak pada saya. Tapi saya
tidak peduli. Anak-anak pun saya tidak kisah. Tengah mabuk cintalah
katakan. Macam-macam saya beli untuk Su kerana saya yakin Su mencintai
saya.
''Saya tidak ambil tahu apa keperluan Hidayah dan anak-anak kerana
Hidayah akan uruskan sebab dia bekerja dan bergaji. Saya cepat berang
dan meradang bila Hidayah mempersoalkan ke mana gaji saya dihabiskan
kerana belum hujung bulan saya akan tebalkan muka pinjam duitnya.
Walaupun kecewa tapi Hidayah tetap membantu.
''Bila selalu keluar berdua pasti makhluk ketiga akan sesatkan umat
Muhammad S.AW dan akibatnya saya dan Su terlanjur. Bukan sekali dua tapi
setiap kali berjumpa.
''Akibatnya saya jadi lebih angau kalau tidak jumpa. Setiap malam
saya pasti jumpa Su sebelum balik rumah. Bila di rumah, saya jadi dingin
nak layan Hidayah sehingga dia mengesyaki saya dan bertanya apa
sebabnya.
''Akhirnya saya mengaku tengah bercinta dan akan kahwin lagi satu.
Hidayah terus menangis dan minta dilepaskan kerana tidak sanggup
bermadu. Ketika itu saya tidak fikir perasaan dia. Saya katakan padanya
saya tidak akan lepaskan dia kerana saya masih sayangkan dia dan
anak-anak cuma saya ingin kahwin lagi satu. Tak boleh ke?
''Saya yakin mampu menguruskan keluarga dengan gaji saya. Hidayah
yang nampak lembut berkeras minta cerai dengan alasan saya tak mampu
dari segi zahir batin, belum masuk bab perasaan dan hati.
''Tetapi saya tidak pedulikan perasaannya dan anak-anak saya biarpun ketika itu mereka sedang menghadapi peperiksaan penting.
''Matlamat utama saya tetap hendak kahwin dengan Su, cinta pertama saya.
''Hendak dijadikan cerita, satu hari saya ditugaskan ke luar daerah
selama sebulan. Bila pulang, saya tak balik rumah sebaliknya terus ke
rumah Su untuk melepas rindu. Alangkah terkejutnya bila sampai depan
rumah Su, saya nampak ada sebuah kereta dan di dalamnya ada lelaki.
Tidak lama kemudian saya nampak Su keluar dengan senyum lentuk lalu
masuk ke dalam kereta tadi.
''Berderau darah saya. Rasanya mahu saya terkam Su ketika itu. Namun
saya kuatkan hati dalam marah memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah,
Hidayah tak berani menyapa kerana melihat wajah saya yang tengah
bengang.
''Keesokannya saya ke tempat kerja Su minta penjelasan. Ringkas
jawapan Su sambil senyum melirik,''Dah awak beri saya terima!! Rezeki
jangan ditolak". Su mengaku dia terpaksa layan saya kerana saya banyak
melabur untuknya. Lelaki tersebut kekasihnya yang bertugas di luar
negara baru pulang ke Malaysia.
''Ketika itu baru saya sedar. Ada wanita sanggup gadai maruah untuk
kesenangan yang dicita. Bila teringat isteri di rumah terasa malu dengan
balasan yang Allah tunjukkan pada saya.
''Kepada suami yang belum terjebak dengan skandal, pesan saya,
hargailah isteri kita." Itu pengakuan ikhlas Khaz atas kesilapannya
semoga menjadi iktibar kepada semua.




Allah masih sayangkan anda.
ReplyDeleteapabila manusia jauh drpd Allah, inilah jadinya, dh ada yg halal, belasah yg haram. masa berzina dgn teman wanita tk ingat dosa. selagi tk bertaubat rasa la azabnya nnt.
ReplyDeletesuami sya mengalami situasi yg sama t'masuklah mpunyai kekasih gelap bernama Su...ini lah yg berlaku pda sya & suami ketika ini cuma bezanya sya blum dikurniakn anak ttapi mmpunyai anak angkat (5 thun)..skrg suami sya bniat untk mceraikn sya ttapi sya ttap mnolak...Su jgak pnh sms sya yg dia dh tingglkn suami sya & mntak sya kmbali pda suami mcm dlu kerna dia sndiri tdak snggup mnyakitkn hati sya lgi stlah tau siapa suami sya...sya bhrp suami sya mpunyai kesedaran sperti saudara...
ReplyDeletekekasih suami pn nama Su jgak..suami lbih pcaya Su dri sya as a wife..now, suami nak ceraikn sya wlpun Su dh undur diri dgn alasan dia msih sygkn Su & tdak dpt mlupakn Su...suami bcinta ngan Su bru 2 thun sdngkn sya dh 9 thun lbih bsama suami..kdg2 suami sya syg kn sya. kdg2 suami sya dia dh bkurg rsa syg ngan sya...now sya brada dlm keadaan yg keliru..tpi sya tetap tdak mau mnerima kata pisah dri suami sya & suami sya tau kputusan sya...shingga kn suami pnh bkata...kalaupn sya x izinkn dia untk bkwen ngan Su..dia psti akn mpunyai ppuan simpanan....
ReplyDelete