terima kasih buat kalian semua..

Sunday, May 25, 2014

Wanita 40an dingin di ranjang??

SAYA berusia 40 tahun dan baru berkahwin dua bulan lalu. Masalahnya sehingga kini saya tidak mempunyai rangsangan nafsu ketika berjimak bersama suami (tiada pengeluaran air sebagai pelincir -vagina kering). Adakah ini kerana pengaruh hormon peningkatan usia? Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air mani isteri?

As, Terengganu

Jawapan

Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga dialami oleh wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan punca penting untuk menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak ialah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar kerana anda belum menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.

Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini ialah tanggungjawab dan faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. Satu kesilapan jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya ‘kunci’ kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.

Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.
Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting di dalam perhubungan intim. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.
Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks di kalangan pasangan.

Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali juga sebagai senaman kegel.
Gaya hidup sihat ini boleh menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.



2 comments:

  1. Amalkan herba tertentu..jaminan berkesan atau wang dikembalikan..hubungi 0139645599

    ReplyDelete
  2. hubungan intim suami isteri memerlukan kerjasama dan persefahaman
    biasanya bermula dengan percakapan atau kerlingan dan isyarat badan, bahkan yang tidak kurang penting juga ialah persediaan seperti masing masing sentiasa menjaga kebersihan diri dan ianya bermula dengan mukaddimahnya. elakkan bersetuboh secara tergesa gesa, bukankah puan sudah menjadi suami isteri, takkan lari gunung dikejar.

    suasana dan persekitaran juga memainkan peranan, seperti kemasan bilik dan ranjang serta menghindar gangguan gangguan semasa bersama kerana semua faktor yang berkaitan sedikit sebanyak akan membantut tahap kepuasan dalam persetubohan

    apabila segala persediaan telah ada akan tetapi puan masih tidak mendapat kepuasan sebenar maka bolehlah cuba ikhtiar secara alamiah seperti amalkan/biasakan makan pisang jelai berangan yang cukup masaknya sebiji pagi dan sebiji malamnya, atau lebih ganas jika puan amalkan minum air rebusan akar galak kucing, insyaAllah masalah puan dapat diatasi.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...